Tragedi basikal Johor: Pemandu minta kebenaran merayu
Sam Ke Ting memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan sabitan kesalahannya serta hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu yang menyebabkan kematian lapan remaja penunggang basikal lajak pada 2017.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Muhammad Faizal Mokhtar.
Selain itu, katanya, mereka juga telah memfailkan sijil segera bagi mempercepatkan pendengaran perkara berkenaan.
"Notis usul (untuk) kebenaran merayu dan perakuan (keperluan) segera difailkan hari ini melalui e-filing," kata Faizal kepada Malaysiakini.
Menandangkan kes berkenaan bermula di Mahkamah Majistret dan bukannya di Mahkamah Sesyen, Sam perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum dia boleh meneruskan rayuan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai