RUU antilompat: Hanya beza pendapat, tiada sabotaj - Wan Junaidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan yang perangkaan undang-undang untuk menangani isu lompat parti tertangguh kerana sabotaj.
Dia berkata demikian ketika diemui pemberita di Kuala Lumpur, setelah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik, atau lebih dikenali sebagai "jawatankuasa MOU".
Wan Junaidi mengakui ada pihak dalam kerajaan yang tidak setuju dengan kandungan rang undang-undang (RUU) yang sebelum ini dijadual dibentang Isnin ini.
"Tiada sabotaj politik, hanya perbezaan pendapat di kalangan sebahagian dalam kerajaan," katanya.
Katanya lagi, kalangan itu bukan membantah undang-undang tersebut secara prinsip, tetapi sebahagian kandungan di dalamnya.
Wan Junaidi berkata keutamaan kini adalah unuk meminda Perlembagaan Persekutuan pada sidang khas Isnin ini, bagi membuka laluan kepada penggubalan dan pewartaan undang-undang "antilompat parti".
Dia berkata tidak dapa mengulas tentang bila RUU itu akan dibawa ke Dewan Rakyat kerana berdasarkan Aturan Mesyuarat 11(3), ia tertakluk kepada perdana menteri selepas perbincangan dengan speaker.
Terdahulu hari ini, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan menafikan laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber mendakwa RUU itu dibantah Bersatu "secara kolektif".
Katanya, Bersatu terlibat secara aktif dalam proses libat urus berkenaan RUU itu dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Mas Ermieyati Samsudin terlibat merangkanya.
Bagaimanapun, dia berkata pandangan rasmi parti akan dinyatakan setelah melihat salinan draf yang sebenar RUU itu.
Spekulasi bahawa Bersatu tidak setuju dengan undang-undang ini diperkatakan setelah kabinet tiba-tiba memutuskan unuk tidak meneruskan pembentangannya. Ia walaupun RUU ini telah beberapa kali ditunjukkan kepada ahli parlimen, yang merupakan sebahagian daripada proses libat urus oleh Wan Junaidi.
‘Memang frust’
Sementara itu, Wan Junaidi berkata di kecewa apabila RUU yang telah mengambil masa selama lapan bulan itu tidak dapa dibentang pada Isnin ini.
Bagaimanapun sebagai anggota kabinet dia menerimanya sebagai tanggungjawab bersama.
"Perasaan peribadi saya ak penting tetapi memang frust. Selepas buat kerja lapan bulan, ada tersangkut sedikit, memang terasalah.
"Tetapi semua (dalam mesyuarat) sudah tahu yang Wan Junaidi (rasa) tak berapa syok (puas hati)," katanya lagi.
Undang-undang antilompat parti merupakan komponen kritikal dalam MOU antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan PH.
Ia sepatutnya diluluskan ketika sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini, yang berakhir bulan lalu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai