Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

12,017 kes baru direkodkan, 33 meninggal dunia semalam

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 12,017 lagi kes baru Covid-19 semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini terus bertambah kepada 4,268,486.

Pun begitu jumlah kes aktif - jika dibandingkan dengan kadar pada 14 hari lalu - menurun 31.2 peratus. Setakat semalam ada 171,173 kes aktif direkodkan.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor: 7,448
WP Kuala Lumpur: 756
Johor: 560
Pulau Pinang: 457
Kedah: 456
Negeri Sembilan: 440
Sarawak: 406
Perak: 377
Pahang: 252
Terengganu: 247
Sabah: 198
Melaka: 163
Kelantan: 155
WP Putrajaya: 38
Perlis: 33
WP Labuan: 31

Bagi kes kematian akibat Covid-19 pula, KKM merekodkan 33 korban baru wabak tersebut dengan 10 daripadanya meninggal dunia sebelum dapat diberikan rawatan.

Selangor mencatatkan lapan kematian, diikuti enam di Perak, empat di Kedah, tiga di Sarawak, dan masing-masing dua di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Perlis, diikuti seorang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Sejak minggu lalu, purata 36.3 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 64.4, juga yang menunjukkan trend menurun.

Sebanyak 177 mangsa dilaporkan korban akibat Covid-19 bulan ini manakala 2,235 orang maut pada bulan lalu dan 770 pada Feb.

Sejak pandemik melanda negara ini pada Mac 2020, sebanyak seramai 35,160 orang sudah meninggal dunia akibat wabak tersebut.

Bagi pesakit yang sedang dirawat, sehingga semalam seramai 3,423 orang direkodkan di hospital termasuk 234 sedang menerima rawatan rapi.