Tiada siasatan baru ke atas Dr M, kata polis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada siasatan baru dibuat ke atas bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata kali terakhir Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dipanggil PDRM ialah pada 23 Mac lepas.
Katanya Mahathir dipanggil bagi membantu siasatan membabitkan buku memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas.
“Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku berjudul My Story: Justice in the Wilderness,” menurutnya dalam kenyataan semalam.
Terdahulu, Mahathir dalam hantaran di laman sosial Facebooknya mendakwa beliau akan dipanggil untuk disoal siasat namun tidak menyatakan sebab siasatan itu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai