Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Mengapa Saravanan mengelak jawab soalan saya - Teresa Kok

Teresa Kok berkata dia kecewa apabila Menteri Sumber Manusia M Saravanan tidak menjawab soalan parlimennya apabila ditanya mengenai portal pengambilan pekerja.

Justeru dengan sikap menteri sebegitu, Ahli Parlimen Seputeh terbabit kini bertanya sama ada soalan yang dibangkitkannya memang mempunyai kebenaran atau tidak.

Dihubungi Malaysiakini, Kok berkata, Saravanan mengelak daripada menjawab soalannya.

"Dia (Saravanan) main tai chi untuk menjawab soalan tersebut," katanya.

Kok sebelum itu membangkitkan soalan jika syarikat 3S Asia Sdn Bhd (3S Asia) akan terlibat dalam urusan pengambilan pekerja asing, penempatan dan penghantaran pulang mereka.

Malaysiakini hari ini melaporkan mengenai kewujudan sebuah syarikat dikenali sebagai 3S Malaysia Sdn Bhd (3S Malaysia) merupakan pembangun kepada portal yang akan dirangkaikan kepada agensi pengambilan pekerja swasta (APS) milik kerajaan.

Keadaan itu memungkinkan wujudnya konflik kepentingan pada syarikat terbabit.

Dalam laporan berasingan, Malaysiakini juga melaporkan 3S Malaysia turut memiliki hak eksklusif ke atas semua kandungan dalam portal mereka melalui syarat dan persetuuan yang ditetapkan kepada majikan yang mendaftar dengan mereka.

"Sekarang, disebabkan dia (Saravanan) tidak menjawab soalan saya, saya tertanya-tanya adakah soalan itu terlalu sukar untuk diberikan jawapan kerana ia memang sangat hampir kepada kebenaran.

"Saya kecewa dia mengelak soalan saya di parlimen dengan menjawab dengan hanya memberitahu kita bahawa memorandum persefahaman di antara Malaysia dan Indonesia akan ditandatangani di Jakarta pada 1 April," kata Kok.

Tambah naib pengerusi DAP kebangsaan itu, dia menjangkakan Saravanan akan memberikan jawapan lanjut secara bertulis kerana dia tidak mempunyai cukup masa di Dewan Rakyat pada hari tersebut (14 Mac).

Bagaimanapun sehingga kini kata Kok, soalannya mengenai portal 3sMalaysia.com itu masih belum terjawab.

Untuk rekod pada 8 Mac lalu, Kok - dengan merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 3 Mac - juga meminta timbalan presiden MIC itu menjelaskan siapa yang membina portal 3sMalaysia.com.

[Baca berita penuh]