Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

LHDN ubah waktu operasi sempena Ramadan

Kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di semua pejabat cawangan agensi itu akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini.

Bagaimanapun bagi pejabat LHDN di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, perkhidmatan yang diberikan bermula dan tamat pada waktu sama, namun pada Ahad hingga Rabu. Bagi Khamis pula, operasi ditetapkan pada 8 pagi hingga 3 petang.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, LHDN berkata bagi perkhidmatan Hasil Care Line dan telefonis cawangan pula, ia akan bermula dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari Khamis di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang akan bermula pada 8 pagi hingga 3 petang.

Sementara itu, waktu operasi kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur akan bermula dari 8 pagi hingga 4 petang, Pusat Bayaran Kota Kinabalu (8 pagi hingga 3 petang) dan Pusat Bayaran Kuching (8 pagi hingga 4 petang).

LHDN dalam kenyataan sama turut menyarankan pelanggan supaya melakukan urusan percukaian secara dalam talian bagi memastikan risiko penularan wabak Covid-19 dapat dikurangkan.

- Bernama