Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pemilihan PKR: Lembaga disiplin akan main peranan aktif

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyangkal pemilihan PKR dakwaan pemilihan PKR yang akan bermula Mei nanti boleh mengundang perpecahan kepada parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Memetik laporan portal berita Getaran, Ketua penerangan PKR itu mengakui pemilihan berkenaan boleh menyebabkan berlaku ‘perang dingin’, namun menegaskan parti itu akan mengambil tindakan disiplin kepada mereka yang membuat kekacauan.

“Presiden PKR Anwar Ibrahim telah mengingatkan semua yang terlibat dan bertanding dalam proses pemilihan supaya menjaga tatasusila dan disiplin parti.

“Jadi, peringatan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua yang ingin bertanding dan terlibat dalam proses pemilihan menjaga tatasusila etika serta disiplin parti.

“Dalam mesyuarat pimpinan pusat terakhir yang kami buat Khamis lalu ditegaskan lembaga disiplin akan memainkan peranan yang aktif untuk memastikan aspek disiplin etika dan tatasusila di kalangan anggota parti terutama sewaktu pemilihan, terjaga,” katanya.

Menurut Fahmi, pemilihan PKR dijangka akan menyaksikan pertandingan sengit melibatkan jawatan timbalan dan naib-naib presiden.

Sebelum ini dilaporkan bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail akan bersaing bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Daripada tujuh naib presiden, hanya tiga aktif dalam PKR.

Ini selepas penyandangnya, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi sebelum ini berundur daripada politik, manakala Xavier Jeyakumar dan Zuraida Kamaruddin pula keluar daripada otu.

Saifuddin sebelum ini menegaskan bahawa pemilihan PKR tidak boleh ditangguhkan kerana Anwar memerlukan timbalan, selepas empat daripada tujuh naib presidennya tidak aktif dalam politik.

Pada pemilihan 018, perpecahan ketara berlaku dalam parti itu, menyaksikan timbalan presiden ketika itu Azmin Ali dan penyokongnya meninggalkan PKR melalui Langkah Sheraton.