Ronnie Liu terkejut raih undi tinggi dalam pemilihan DAP
Sebaik tamatnya pemilihan parti di Kongres DAP berakhir minggu lepas, Ronnie Liu dikejutkan dengan berita gembira.
Pemimpin veteran DAP itu pada mulanya tidak yakin akan dipilih semula ke dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) oleh para perwakilan, tetapi dia akhirnya mendapat kemenangan selesa dengan meraih 1,070 undi dan kekal sebagai ahli jawatankuasa itu.
Ia di saat beberapa ahli parlimen daripada parti itu sendiri tidak terpilih.
Adun Sungai Pelek itu menyertai DAP sejak tahun 1980-an dan beberapa kali berselisih dengan beberapa pemimpin parti itu serta mendapat beberapa surat tunjuk sebab pada 2019.
“Saya tidak begitu terkejut dengan kemenangan saya, tetapi terkejut kerana undi saya tinggi.
“Ramai pemimpin tinggi agak kecewa dengan kritikan saya terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan kami juga pernah bertelagah apabila saya berkata DAP, sementara sebuah parti berbilang kaum, tidak perlu ‘mencairkan kecinaannya’ hanya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.
“Saya juga membuat permohonan terbuka kepada Liew Chin Tong sebelum PRN Johor agar mengekalkan penyandang dan menyertakan pemimpin lantang seperti Dr Bo Cheng Hau yang telah membantu membina DAP Johor
“Jadi saya fikir pemimpin ini yang kecewa dengan saya mungkin menggunakan pengaruh mereka dalam parti untuk memujuk ahli supaya tidak mengundi saya,” katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, kemenangan selesanya membuktikan kritikan-kritikan yang disuarakan sebelum ini mempunyai sokongan.
“Saya percaya ramai perwakilan bersetuju dengan saya kerana bersuara terhadap Mahathir apabila dia melakukan banyak perkara tidak betul semasa PH memerintah negara.
“Malah, ketika Mahathir melakukan perkara yang karut seperti membawa masuk 'katak' Umno ke Bersatu, menghadiri Kongres Maruah Melayu dan mengenepikan janji pilihan raya, ada pemimpin DAP yang mahu dilihat rapat dengannya. Maka, mereka menjadi lembut dan tidak menghiraukan kesalahannya.
“Semua ini adalah perkara yang teruk dan akar umbi tidak gembira, jadi saya bersuara," katanya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai