Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Mungkin tiba masa rombak silibus pendidikan - TMJ

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata mungkin sudah tiba masanya silibus pendidikan tanah air dirombak.

Baginda mencadangkan perkara itu ketika mengulas kepentingan pendidikan berkualiti dan keperluan mendapatkan akses mudah kepada peluang pendidikan.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk merombak silibus pendidikan kita.  

“Pandemik Covid-19 telah menunjukkan bahawa menjadi celik teknologi dan keperluan untuk pendidikan berteraskan teknologi sangat penting,” titah baginda.

Menulis di Facebook, baginda berkata belia perlu memiliki kemahiran yang mencerminkan keperluan dunia dinamik yang sentiasa berubah. 

Justeru, katanya, jurang antara kualiti graduan dengan tuntutan pasaran kerja mesti dirapatkan.