'Beginilah datuk ketua bahagian, kita jumpa saja di PRU'
Menjawab kritikan pedas perwakilan Umno Kelantan Zawawi Othman semalam, Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata Umno Kelantan patut bersemuka sahaja dengan PAS pada PRU akan datang.
Cabaran Ahli Parlimen Pasir Mas itu dibuat berikutan Zawawi menggelarkan tiga pemimpin PAS, iaitu presiden Abdul Hadi Awang, pengarah pilihan raya Muhammad Sanusi Md Nor dan naib presiden Mohd Amar Nik Abdullah, sebagai "tiga jahanam" ketika berbahas di Perhimpunan Agung Umno semalam.
“Begini sahajalah datuk ketua bahagian (Zawawi), kita berjumpa sahaja dalam pilihan raya nanti. Kami (PAS) pun suka sangat nak bertempur nanti.
“Datuk boleh cuba lagi untuk padamkan rekod kalah 0-5 (lima PRU) di bahagian datuk (di Pasir Puteh). Jemput juga bekas calon Parlimen PRU14 datang sekali lagi, tapi janganlah disabotaj pula. Kasihan, nanti duit banyak yang habis, menang tak juga," katanya dalam hantaran sarat sindiran di Facebooknya, semalam.
Zawawi yang merupakan ketua Umno Pasir Puteh semalam berpandangan parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada "tiga jahanam" yang memimpin parti itu.
Dia berkata tiga pemimpin terbabit digelarkan begitu kerana dianggap “bermulut jahat.”
Menurut Zawawi, di saat pemimpin Umno tidak pernah melabel pemimpin PAS dengan gelaran buruk, parti itu sendiri menggelar serta mempersenda Umno dengan pelbagai nama seperti itik patah kaki.
Kata Fadhli lagi, dia berasa "geli hati" membaca laporan berhubung kenyataan Zawawi.
“Lucu juga, bila pemimpin yg tiada rekod masalah integriti dilabelkan jahanam, atau datuk nak sindir pemimpin sendiri yang lebih jahanam? Jangan begitu datuk, nanti tak dapat watikah,” sindirnya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai