Mahkamah Rayuan 'tutup fikiran' permohonan bukti baru kes SRC Najib - peguam
Mahkamah Rayuan telah mendahului permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuannya berhubung kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta, dakwa peguambelanya.
Di hadapan Mahkamah Persekutuan pagi ini, Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa Mahkamah Rayuan tidak memberikan bekas perdana menteri itu pendengaran yang adil dalam cubaan mengemukakan bukti baru itu.
Mahkamah Rayuan pada 7 Dis tahun lepas menolak cubaan Najib untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rayuan SRC. Mahkamah yang sama pada hari berikutnya juga menolak rayuan utama bekas perdana menteri untuk membatalkan keputusan bersalahnya, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes rasuah itu.
Perbicaraan hari ini di hadapan sidang lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengenai rayuan Najib untuk mengemukakan bukti baru yang dikaitkan dengan maklumat perbankan keluarga bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti Akhtar Aziz.
Semasa perbicaraan di hadapan mahkamah tertinggi negara pagi ini, Shafee (gambar, bawah) berhujah bahawa Mahkamah Rayuan telah salah mengendalikan pendengaran permohonan mengemukakan bukti baru dalam kes Najib.
Peguambela berhujah panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Abdul Karim Abdul Jalil telah, melalui kelakuan mereka, membuat "penentuan awal" atas merit permohonan keterangan tambahan.
Pada 7 Dis, Mahkamah Rayuan telah menegur peguam Najib kerana Najib tidak hadir secara fizikal pada prosiding hari itu. Kemudian pada hari yang sama, bekas perdana menteri dan pasukan undang-undangnya menghadiri prosiding melalui prosiding hibrid dengan aplikasi Zoom.
Mahkamah pada hari itu juga telah menafikan permohonan Shafee untuk menangguhkan perbicaraan ke tarikh lain, atas sebab seorang ahli pasukan pembelaan Najib menghidap Covid-19 dan mereka terpaksa mengkuarantinkan diri masing-masing.
'Shafee dakwa penghakiman disediakan awal'
Semasa prosiding mahkamah tertinggi hari ini, Shafee berhujah bahawa Mahkamah Rayuan menafikan hak asasi Najib untuk didengar kerana ia menafikan cubaan pasukan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan 7 Dis ke tarikh lain.
Peguam itu berhujah bahawa dia tidak dapat memberikan penghujahan yang sewajarnya semasa perbicaraan Mahkamah Rayuan kerana dia dan peguambela lain semuanya terpaksa hadir prosiding melalui aplikasi Zoom dari rumah masing-masing.
Shafee berkata mereka juga tidak dapat membuat persiapan yang sempurna untuk perbicaraan kerana majoriti dokumen mahkamah berada di pejabat firma guaman itu.
“Akhirnya, Mahkamah Rayuan memaksa kami melakukan prosiding hibrid demi kepentingan keadilan.
“Tetapi Mahkamah Rayuan telah terlebih dahulu menyediakan penghakiman (dalam rayuan utama SRC) beberapa bulan awal.
"Mengapa mereka (membuatkan) kami tergesa-gesa kerana penghakiman (dalam rayuan utama SRC) masih ditetapkan pada 8 Dis (tahun lepas)," kata Shafee.
“Terdapat 'keracunan' (suatu yang tidak kena) dalam cara permohonan kemuka bukti baru didengar oleh Mahkamah Rayuan yang menjadikannya satu penentuan awal terhadap rayuan utama (kes SRC).
“Sebagai alternatif, kami mencari (kuorum Mahkamah Rayuan) baru untuk mendengar bukan sahaja bukti baru tetapi juga (rayuan SRC) utama,” kata Shafee.
“Kami tidak pernah mendapat cahaya mata untuk hak untuk didengari. Hakim (Mahkamah Rayuan) terpengaruh dalam menutup fikiran mereka daripada mendengar kami dengan betul,” dakwa Shafee.
Pihak pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya V Sithambaram, ditetapkan akan berhujah petang ini terhadap rayuan Najib untuk mengemukakan bukti baru.
Selain Maimun, ahli panel Mahkamah Persekutuan yang lain hari ini ialah Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, dan Hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai