22,030 kes baru, 92 lagi kematian
Kementerian Kesihatan berkata 22,030 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,845,601.
Kes aktif kini berjumlah 308,943, meningkat 5.3 peratus berbanding 14 hari lalu.
Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (4,388)
Johor (2,419)
Kedah (2,382)
Kuala Lumpur (2,214)
Pulau Pinang (2,137)
Negeri Sembilan (1,359)
Terengganu (1,222)
Pahang (1,151)
Perak (1,122)
Kelantan (1,086)
Sarawak (965)
Sabah (622)
Melaka (564)
Putrajaya (159)
Perlis (153)
Labuan (87)
Sebanyak 92 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 33 daripadanya meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.
Sepanjang minggu lalu, purata 84.9 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 59.5, menunjukkan bahawa kematian Covid-19 berada dalam aliran menaik.
Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 33,899 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.
Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 997 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.
Terdapat 1,150 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 771 kematian pada bulan lepas dan 491 kematian pada Januari.
Kedah mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 28, membentuk 30.4 peratus daripada kematian baharu yang dilaporkan.
Kematian selebihnya di Johor (15), Selangor (14), Penang (7), Perak (6), Negeri Sembilan (5), Pahang (5), Sabah (5), Sarawak (3), Terengganu (3) dan Kelantan (1).
Tiada kematian baru dilaporkan di Melaka, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Terdapat 8,400 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, di mana 388 daripadanya berada di unit rawatan rapi.
Kapasiti hospital di seluruh negara ialah 68.3 peratus.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai