Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

PM gesa syarikat swasta laksana gaji minimum RM1,500

Perdana Menter, Ismail Sabri Yaakob menggesa syarikat daripada sektor swasta melaksanakan pembayaran gaji minimum RM1,500 sebulan.

Ismail berkata, berikutan peningkatan kos sara hidup, kerajaan telah memastikan penjawat awam menerima gaji dan elaun sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

“Begitu juga, kami menggesa syarikat dalam sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama sebagai satu cara untuk membantu terutamanya mereka daripada golongan berpendapatan rendah,” kata Ismail semasa menghadiri majlis pelancaran Hari Terbuka Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) 2022 semalam, lapor The Star Online.

Pada masa sama, perdana menteri turut menggesa GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) supaya turut melaksanakan gaji minimum RM1,500 kepada kakitangan tetap mereka.

Sebelum ini, Ismail berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan majikan berhubung cadangan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi memastikan ia dapat dilaksanakan secara holistik.

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan juga telah menyatakan bahawa cadangan gaji minimum RM1,500 boleh dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.