Penjawat awam rugi lebih RM100,000 'kena getah pegawai LHDN'
Seorang penjawat awam wanita kerugian RM383,000 selepas dihubungi 'pegawai' Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 12 Feb lepas.
Wanita berusia 46 tahun itu menerima panggilan telefon daripada LHDN mengatakan dia mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM36,690 dan kemudian dinafikan wanita tersebut menyebabkan panggilannya disambungkan kepada 'Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan’.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid (gambar, bawah) berkata wanita itu kemudian bercakap dengan seorang ’pegawai polis' berpangkat Inspektor dan setelah semakan dibuat, dia dikatakan mempunyai rekod penyeludupan dadah.
"Mangsa yang bimbang terhadap ugutan itu, memasukkan sejumlah wang secara berperingkat sebanyak empat kali ke dalam akaun yang berbeza pada 14 Feb lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata setelah memindahkan wang keseluruhannya berjumlah RM383,000, wanita itu menyedari dirinya ditipu.
Mohamad Fakhrudin sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dan ugutan yang dilakukan oleh sindiket itu.
"Orang ramai dinasihatkan segera menghubungi pihak polis sekiranya menerima panggilan-panggilan telefon sebegini. Modus operandi sindiket ini menyasarkan sesiapa sahaja terutama yang cepat panik dan golongan yang kurang pendedahan mengenai maklumat-maklumat terkini jenayah siber," katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai