MIC yakin sapu bersih empat kerusi DUN
PRN JOHOR | MIC yakin akan dapat memenangi semua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu pada pilihan raya negeri kali ini.
Naib Presiden MIC M Asojan berkata ini selepas suasana semasa politik negeri Johor dan angin pengundinya sangat berbeza berbanding PRU14 lalu.
"Saya percaya pengundi sudah tidak lagi percaya dengan pembangkang. Mereka sedar realitinya bahawa BN adalah pilihan baik yang mampu membawa kestabilan berbanding pembangkang yang sering bergaduh dan suka membuat janji-janji kosong.
"Rakyat mesra dengan calon-calon MIC. Mereka terima kami.
“Jadi, saya percaya tidak mustahil untuk MIC sapu bersih semua yang ditandingi," katanya kepada Malaysiakini.
Pada PRN kali ini, MIC seperti sebelum ini bertanding di empat kerusi. Parti komponen BN itu, mengekalkan dua kerusi DUN Tenggaroh dan Kahang yang dimenangi pada PRU14.
Pada PRN kali ini, MIC turut bertanding dua kerusi baru di Kemelah dan Bukit Batu.
Pada PRU yang lalu, Asojan yang merupakan penyandang DUN Gambir sejak 2004 kalah kepada Muhyiddin Yassin.
Secara keseluruhan pada PRU lalu, MIC menang dua kerusi iaitu DUN Tenggaroh dan Kahang, manakala kalah di Skudai dan Gambir.
"Kami ramal kerusi Tenggaroh dan Kahang sudah pun berada dalam genggaman. Di Kemelah kami mempunyai kelebihan berbanding calon-calon parti lain.
"Peluang kami di Bukit Batu adalah 50-50, tapi kami masih mampu membuat kejutan di kerusi tersebut, sekiranya mengambil kira trend semasa pengundi yang lebih memihak kepada calon-calon BN," kata Asojan lagi.
PRN Johor akan diadakan esok, 12 Mac dengan lebih 2.7 juta pengundi layak mengundi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai