Banjir kilat mungkin berlaku bermula 14 Mac
Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 14 Mac sehingga pertengahan Mei, menandakan berakhirnya monsun timur laut yang bermula sejak 3 November 2021.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, semasa fasa peralihan ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir.
Ia lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.
“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” menurut jabatan itu.
Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu turut menasihatkan orang ramai lebih berwaspada dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan mereka.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai