Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Speaker tolak usul bahas anugerah buat kesultanan Sulu

PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menolak usul seorang ahli parlimen pembangkang untuk membahaskan dakwaan "anugerah" RM62.59 bilion kepada keturunan kesultanan Sulu.

Dalam surat kepada Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis semalam, Azhar berkata usul dibawa pemimpin Warisan itu tidak memenuhi Peraturan Mesyuarat 18(1).

Azhar berkata bahawa dia menolak usul itu atas alasan ia adalah usul untuk "menggesa" kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara itu.

Dia berhujah bahawa Peraturan Mesyuarat 18(1) hanya membenarkan usul "merundingkan" (membincang) sesuatu perkara.

Azhar berkata Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar sudah memberikan penjelasan berkenaan topik itu semasa sesi soal jawab hari ini.

[Baca berita penuh]