Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kes bunuh bayi: Mahkamah tolak permohonan ikat jamin remaja

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan remaja perempuan berusia 15 tahun untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Kemaman yang tidak membenarkannya diikat jamin dalam kes pembunuhan bayi yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun, hakim Hassan Abdul Ghani membenarkan permohonan remaja itu untuk dirujuk kepada pakar psikiatri.

Peguamnya, Sangeet Kaur Deo berkata, Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu petang ini.

"Semakan (permohonan) hanya dibenarkan (iaitu) rujukan untuk penilaian psikiatri. Ikat jamin tidak dibenarkan.

“Antara lain, Mahkamah (Tinggi) menyatakan tiada kesilapan majistret dalam menafikan ikat jamin, kerana majistret tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan jaminan dalam kes pembunuhan,” kata peguam bela itu ketika dihubungi petang ini.

Sangeet berkata tertuduh remaja itu akan dirujuk ke hospital kerajaan untuk menjalani penilaian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

“Di bawah Seksyen 342 CPC, mahkamah mesti merujuk untuk penilaian psikiatri jika mereka mengesyaki ketidakstabilan (mental),” jelas peguam itu.

Tambahnya, kes pembunuhan bayi itu ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Majistret Kemaman pada 16 Mac ini.

Terdahulu, hari ini ditetapkan untuk keputusan mahkamah berhubung permohonan gadis itu agar dibenarkan dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa atas kesalahan membunuh bayi yang baru dilahirkan.

Pada 15 Feb lepas, remaja itu didakwa di Mahkamah Majistret di Kemaman, Terengganu atas tuduhan membunuh bayi lelaki berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

[Baca berita penuh]