Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Covid-19: Kes baru 26,856 orang, korban bertambah 76

COVID-19 | Sebanyak 26,856 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam sekali gus terus menambah jumlah jangkitan yang melanda negara ini menjadi 3,649,463.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lagi, kes aktif di seluruh negara pula sebanyak 304,305 orang, meningkat 14 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor: 6,757
Kedah: 2,884
Kuala Lumpur: 2,181
Johor: 2,059
Kelantan: 1,896
Pahang: 1,858
Pulau Pinang: 1,836
Negeri Sembilan: 1,575
Terengganu: 1,270
Sabah: 1,235
Perak: 1,142
Melaka: 863
Sarawak: 857
Putrajaya: 182
Labuan: 135
Perlis: 126

INSERT ACTIVE CASES CHART EMBED:

Sementara itu 76 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 direkodkan KKM semalam, dengan 26 daripadanya diisytiharkan sebagai meninggal dunia sebelum dirawat di mana-mana kemudahan kesihatan.

Sepanjang minggu lalu, secara purata 79.4 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata selama 30 hari lalu ialah 42.7, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam aliran menaik.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 33,305 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Johor mencatatkan kematian tertinggi dengan 13 orang, diikuti Kedah dan Selangor (masing-masing 12 orang), Kelantan dan Terengganu (masing-masing enam), Negeri Sembilan dan Sabah (masing-masing lima), Melaka dan Perak (masing-masing empat), Pahang dan Putrajaya (masing-masing tiga) , manakala Pulau Pinang dan Kuala Lumpur masing-masing dua orang.

Menurut KKM lagi sehingga semalam ada 8,736 orang pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital, termasuk 368 daripadanya berada di unit rawatan rapi.