Banjir kilat Lembah Klang: TNB tutup bekalan elektrik
Dikemas kini dengan kenyataan terbaru TNB.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan penutupan beberapa stesen janakuasa selepas beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.
Antara tempat yang terjejas ialah Bukit Aman, Hotel The Royale Chulan, Hotel Westin, Hotel Impiana, Jalan Bukit Bintang, Jalan Kebun Bunga.
Senarai penuh boleh didapati di bawah:
TNB memaklumkan usaha sedang dijalankan untuk memastikan bekalan elektrik di kawasan terjejas dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.
Beberapa bahagian Kuala Lumpur dilanda banjir kilat petang ini, dengan Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Kuchai Lama terutamanya terjejas.
Hanya 3 kawasan masih terjejas
Dalam satu kenyataan di Facebook pada pukul 10.29 malam tadi, TNB berkata bekalan elektrik telah pulih sepenuhnya secara berperingkat di 37 kawasan di sekitar Lembah Klang.
Namun, TNB memaklumkan tiga kawasan masih terjejas iaitu di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di Jalan Conlay, Hotel Impiana KLCC dan Menara Perak.
"Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat," kata TNB.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai