Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Calon DAP Pekan Nanas positif Covid-19

Calon DAP untuk DUN Pekan Nanas Yeo Tung Siong merupakan calon keempat dalam PRN Johor yang dijangkiti Covid-19.

Menerusi hantaran di Facebook, Yeo berkata dia telah melakukan ujian RTK antigen pada pagi semalam yang menunjukkan keputusan negatif, tetapi mula berasa “kurang selesa” bermula petang.

Dia kemudian membuat ujian reverse transcription-polymerase chain reaction (RT-PCR) dan sedang menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan.

Penyandang DUN Pekan Nanas itu berkata dia juga telah membatalkan lawatan ke beberapa warung.

Yeo added that he had also cancelled his scheduled visit to a few warungs.

Sejak pagi hingga sekarang, saya memang duduk dalam rumah sahaja. 6 petang ini, saya disahkan positif,” katanya.

Dia juga memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan berkata akan menghubungi mereka yang menjadi kontak rapatnya agar membuat ujian.

Sebagai langkah berjaga-jaga, katanya lagi, pasukan kempennya juga akan mengadakan ujian dan kuarantin kendiri.

 

“Kami akan membatalkan segala aktiviti kempen termasuk live malam ini dan ceramah umum yang dijadualkan,” katanya lagi.

Yeo memaklumkan dia hanya mengalami gejala ringan kerana telah divaksinasi penuh dan mendapat dos penggalak.

Terdahulu hari ini, calon BN DUN Penggaram Ter Hwa Kwong turut memaklumkan dia positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin.

Pada 27 Februari, calon PKR DUN Bukit Batu Chiong Sen Sern juga disahkan dijangkiti virus itu.

Sehari sebelumnya, iaitu ketika hari penamaan calon, calon PKR DUN Gambir Naim Jusri didapati positif sebaik tiba di pusat penamaan calon.

Calon yang dijangkiti wabak itu akan menjalani kuarantin selama tujuh hari, iaitu separuh daripada tempoh berkempen iaitu 14 hari.