Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

ULASAN | Adakah pertahankan undang-undang jadikan seseorang itu pelampau?

Pada 24 Feb 2022, Malaysiakini menerbitkan sebuah artikel bertajuk “ULASAN: Dakwaan Mohd Asri, Ramasamy sama ekstrem” oleh Khalid Abd Samad, ahli parlimen Shah Alam merangkap pengarah komunikasi Amanah.

Dia mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan Ramasamy sebenarnya sama saja ekstremnya dengan dakwaan Mohd Asri Zainul Abidin.

Ia satu penghinaan untuk menggolongkan saya dengan Asri.

Ketika saya sedang mempertahankan perlembagaan dan undang-undang, mufti Perlis cuba mempertahankan penukaran agama secara unilateral. 

Ketika saya berjuang untuk menyatukan ibu dengan anak-anaknya, mufti membela tindakan bapa anak-anak itu yang merupakan seorang penagih dadah dan banduan.

Asri dan anak-anak Loh Siew Hong

Bagaimana tindakan-tindakan saya untuk mempertahankan undang-undang boleh digelar sebagai ekstrem atau melampau?

Bagaimanakah usaha-usaha untuk menyatukan ibu dengan anak-anak memahami keperitan seorang ibu boleh digelar sebagai ekstrem atau melampau?

Adakah bapanya yang merupakan penagih dadah dan berada di penjara boleh menjamin kehidupan yang sejahtera kepada anak-anak itu?

Isu ini menjadi isu perkauman dan politik kerana sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak memahami intipati isu ini secara sepenuhnya dan menukar isu jadi isu perkauman. 

Khalid takut akan tindak balas pelbagai pihak cuba menyalahkan kedua-dua belah pihak dan menyelamatkan diri.

Khalid Samad

Khalid tidak berani untuk membela saya walaupun sedar bahawa saya bertindak mengikut undang-undang dan tidak melampaui batas kerana takut akan tindak balas daripada beberapa segmen. 

Dia sedang bermain politik.

Sebuah kedudukan angan-angan tipikal bagi mereka di Amanah.

Saya tidak peduli sekiranya Khalid tidak bersependapat dengan mufti Perlis, tetapi jangan sesekali samakan saya dengan Asri.


P RAMASAMY ialah timbalan ketua menteri II Pulau Pinang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.