Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Mahkamah tolak saman kematian dalam tahanan jurutera

Keluarga P Karuna Nithi gagal dalam tindakan sivil terbaru mereka terhadap polis dan kerajaan berhubung kematiannya dalam tahanan pada 2013.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak saman keluarga itu berhubung kematian jurutera tersebut yang didakwa berpunca daripada kecederaan yang dilakukan oleh pihak polis serta tahanan lain.

Ketika dihubungi, Peguam Kanan Persekutuan Raja Zaizul Faridah Zaharudin mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Kehakiman John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee membuat keputusan itu semasa prosiding dalam talian pagi ini. Raja Zaizul bertindak untuk defendan dalam kes ini iaitu pihak polis dan kerajaan.

Raja Zaizul juga mengesahkan bahawa mahkamah turut memerintahkan plaintif - balu si mati R Kaliamah, 44, dan dua anak lelakinya, K Yugesh Varan, 22, dan K Kisho Kumar, 20 - membayar kos RM9,000 kepada kerajaan dan polis.

Ketika dihubungi, peguam keluarga itu, T Manoharan mengesahkan keputusan berkenaan, sambil menambah bahawa dia sudah mendapat arahan supaya membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Pada 28 Jan 2015, Mahkamah Koroner Seremban memutuskan bahawa kematian Karuna Nithi berpunca akibat kecederaan dipukul oleh anggota polis serta tahanan lain. Dua tahun kemudian, Mahkamah Tinggi Seremban mengekalkan keputusan itu.

[Baca berita penuh]