Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Malaysia mahu bina hab logistik sawit di Mesir

Malaysia mengintai peluang untuk mewujudkan hab logistik dan pemasaran minyak sawit di Mesir bagi meningkatkan eksport komoditinya ke Afrika.

Mesir turut berminat menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam membangunkan kemudahan penyimpanan, pengedaran dan pemasaran minyak sawit demi memenuhi permintaan negara jiran, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin kepada Bernama di New Delhi pada Isnin.

"Mereka (Mesir) mahu menjadi hab di rantau itu. Kita boleh membangunkannya dengan penglibatan sektor swasta," katanya.

Beliau dalam rangka lawatan kerja empat hari ke negara itu bermula Ahad.

Rancangan ini sejajar dengan usaha Malaysia meneroka pasaran baharu bagi eksport komoditi utamanya.

Malaysia pada Januari menubuhkan Syarikat Pemasaran Bersepadu Komoditi di Jeddah untuk meluaskan eksport minyak sawit, kayu dan getah ke Arab Saudi.

Syarikat yang sama mungkin ditubuhkan di lokasi baharu di Asia Tengah, Asia Selatan dan Asia Timur, kata Zuraida.

"Untuk fasa kedua, kami akan tumpukan kepada Mesir," tambahnya.

- Bernama