Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

MMA: Iba bapa disaran runding pakar jika ada keraguan isu vaksin anak

MMA nasihatkan ibu bapa berunding dengan pakar mengenai keraguan vaksinasi

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai menggesa ibu bapa yang mempunyai keraguan tentang vaksinasi untuk bercakap dengan pakar pediatrik mengenainya.

“MMA mengulangi kenyataan Perdana Menteri apabila beliau berkata bahawa kerajaan tidak pernah memaksa vaksin Covid-19 ke atas kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

"Ia adalah keputusan yang patut dipuji yang telah diambil oleh kerajaan mengenai PICKids," kata Dr Koh dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Koh berkata bahawa kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun adalah kumpulan terakhir yang masih belum diberi vaksin 9 (tidak mengambil kira kanak-kanak di bawah 5 tahun).

“Ramai ibu bapa bimbang tentang kluster yang dilaporkan dari institusi pendidikan dan ia wajar kerana terdapat laporan jangkitan Covid-19 yang teruk dalam kalangan kanak-kanak, walaupun dalam jumlah kecil.

"Kami juga mengetahui ibu bapa yang bimbang tentang kesan advers daripada vaksin Covid-19 dan teragak-agak untuk memberikan vaksin kepada anak mereka.

"Kepada ibu bapa ini, MMA menasihatkan mereka untuk bercakap sama ada dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga mereka untuk mendapatkan maklumat yang sahih sebelum membuat keputusan bijak tentang keperluan untuk memberi vaksin kepada anak-anak mereka," tambahnya.