Saman cukai: Pendengaran permohonan Najib, anak ditangguh
Seorang peguam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) positif Covid-19, menyebabkan pendengaran permohonan Najib Razak dan anaknya, Nazifuddin terhadap penghakiman terus kes cukai mereka pada 16 Februari ini ditangguh.
Peguam dua beranak itu, Wee Yeong Kang hari ini mengesahkan Mahkamah Persekutuan telah menetapkan tarikh baru iaitu 10 Mei ini.
Menurutnya, pada 8 Februari lalu, LHDN memohon pendengaran ditangguhkan kerana seorang peguam yang mewakili lembaga itu disahkan positif.
“LHDN memohon penangguhan pada 8 Februari 2022 kerana salah seorang peguam mereka positif.
“Mahkamah (Persekutuan) membenarkan permohonan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya lagi, tarikh 10 Mei ditetapkan ketika pengurusan kes hari ini.
Peguam LHDN, Sakinah Najwa Hussin mewakili badan itu dalam pengurusan kes hari ini.
Najib dn Nazifuddin membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayan membatalkan rayuan mereka untuk mengetepikan penghakiman terus yang dibuat Mahkamah Tinggi terhadap saman cukai yang berjumlah RM1.69 bilion (Najib) dan RM37.6 juta (Nazifuddin).
Pada dua tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam dua perbicaraan berasingan membenarkan permohonan LHDN untuk penghakiman terus.
Ia menyebabkan kes itu diputuskan tanpa melalui perbicaraan penuh, di mana pihak Najib dan Nazifuddin boleh memberikan hujah pembelaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai