Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

13 kematian dilaporkan, jumlah korban 32,056

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 13 kematian baru Covid-19 semalam (8 Feb), menjadikan jumlah kumulatif korban kepada 32,056.

Kes kematian dilaporkan di Selangor (3), Kelantan (2), Perak (2), Sabah (2), Kedah (1), Pulau Pinang (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Purata 13 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari dengan 10 kematian, menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 83,071 kes aktif Covid-19. Ini peningkatan sebanyak 45.4 peratus daripada 57,149 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 108.1 peratus daripada 39,927.

Sementara bilangan kes kematian dijangka secara relatifnya rendah berbanding gelombang penularan sebelum ini - disebabkan kadar vaksinasi yang tinggi, perlu dinyatakan bahawa trend kemasukan ke hospital dan kes kematian biasanya lambat beberapa minggu berbanding trend kes.