Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Uncle Kentang dijangkiti Covid-19 tahap 4

Aktivis sosial Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ memaklumkan dia telah dijangkiti wabak Covid-19 semalam.

Kuan berkata dia menghidap Covid-19 tahap 4 dan telah dimasukkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

“Maaf. Telefon saya akan ditutup selama tujuh hari. Positif Covid tahap 4. Sekarang di Hospital Serdang.

“Pejabat akan ditutup selama empat hari bermula hari ini (semalam).

“Talian bebas kami juga akan ditutup kecuali (untuk) ambulans. (Kami) akan meningkatkan jumlah ambulans Covid-19 kepada dua buah, memandangkan (kini) lebih ramai yang kena Covid.

“Untuk (bantuan berkaitan) Covid-19, hubungi 012-2423360. Untuk ambulans, sila hubungi 011-55052148,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Malaysiakini difahamkan bahawa Kuan kemungkinan akan dibenarkan keluar dari hospital esok kerana keadaannya yang telah stabil.

Difahamkan juga dia mempunyai gejala seperti demam selama dua hingga tiga hari sebelum disahkan positif.