Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

9 kematian dilaporkan, jumlah korban 32,034

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah sembilan kematian baru Covid-19 semalam (6 Feb), menjadikan jumlah kumulatif korban kepada 32,034.

Daripada jumlah itu, dua pesakit meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian perkapita tertinggi di Asean dan Asia Timur, dengan 969 kematian bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Kes kematian dilaporkan di Johor (4), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perak (1), Pulau Pinang (1) dan Terengganu (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Purata 13 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari dengan 10 kematian, menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 69,572 kes aktif Covid-19. Ini peningkatan sebanyak 30.7 peratus daripada 53,248 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 75.3 peratus daripada 39,697.