Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

7,234 kes baru, tertinggi dalam 111 hari

COVID-19 | Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 7,234 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,895,014.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 111 hari, sejak October 16.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Feb 3) di mana 5,720 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,563)
Johor (932)
Kedah (486)
Sabah (476)
Pulau Pinang (387)
Kuala Lumpur (358)
Pahang (330)
Melaka (301)
Kelantan (258)
Perak (218)
Negeri Sembilan (210)
Terengganu (100)
Putrajaya (44)
Perlis (32)
Sarawak (20)
Labuan (5)