Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

4,915 kes baru, nilai kebolehjangkitan 1.14

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 4,915 kes baru Covid-19 hari ini.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding bilangan pesakit sembuh, iaitu 3,056. Ia dijangka meningkatkan jumlah kes aktif buat masa ini.

Kes aktif menunjukkan peningkatan sejak 17 Januari.

Setakat semalam, nilai kebolehjangkitan atau R-naught adalah 1.14. Nilai yang lebih daripada 1.00 menandakan penularan yang meningkat.

Nilai R-naught negara telah melebihi 1.00 sejak 20 Januari.

  • Pesakit dalam ICU: 120

  • Pesakit perlu alat bantuan pernafasan: 65

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk kes yang disyaki) dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 16.1 peratus lebih rendah berbanding seminggu lalu.

Namun jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat 22.6 peratus untuk tempoh yang sama.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 29) dengan 5,139 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,328)

Johor (783)

Kuala Lumpur (560)

Kedah (442)

Kelantan (350)

Negeri Sembilan (317)

Melaka (269)

Sabah (267)

Pulau Pinang (245)

Perak (199)

Pahang (190)

Terengganu (75)

Putrajaya (57)

Sarawak (29)

Perlis (28)

Labuan (0)