Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Tarif elektrik baru ‘tidak membebankan rakyat’ diumum minggu depan

Tarif elektrik baru untuk 2022 - 2024 akan diumumkan sebelum 1 Februari ini,, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, keputusan tarif baru itu sudah dimuktamadkan pada Rabu lalu selepas enam kali dibincangkan pada mesyuarat kabinet.

"Kadar tarif baru ini akan diumumkan tidak lama lagi dan kita akan melaksanakan IBR (Kawal Selia Berasaskan Insentif) pada 1 Februari nanti.

"Kita sedang tunggu Suruhanjaya Tenaga dan apa yang saya boleh katakan, tarif baharu ini tidak akan membebankan rakyat," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, Takiyuddin dilaporkan berkata tarif baru itu akan membabitkan hampir 85 peratus pemegang akaun domestik daripada lapan juta pemegang akaun di seluruh negara.

Dia berkata kerajaan mengambil kira situasi semasa negara yang semakin pulih daripada krisis ekonomi berikutan wabak Covid-19 dalam menetapkan tarif elektrik baru.