Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

3 NGO fail rayuan kes keabsahan sekolah vernakular

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) danpertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain memfailkan rayuan dalam kes keabsahan sekolah verkanular di Mahkamah Rayuan.

Rayuan itu dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala LUmpur pada 29 Disember tahun lalu, bahawa sekolah tersebut sah di sisi undang-undang.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika itu berkata penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantara di sekolah-sekolah tersebut adalah sah di sisi undang-undang.

Nazlan juga berkata sekolah vernakular juga dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selain Isma, dua NGO lain adalah Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena).

Dalam kenyataan media hari ini, pasukan peguam mengesahkan bahawa tiga NGO itu masing-masing memfailkan rayuan masing-masing antara 25 Jan hingga hari ini.

Selain Isma, dua lagi NGO yang terlibat adalah Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena)

Pasukan peguam dianggotai Mohamed Haniff Khatri Abdulla bersama-sama dua lagi firma guaman, Amelda Fuad Abi & Aidil dan Hariz Syakinah & Co.

Mereka berhujah bahawa rayuan di Mahkamah Rayuan akan menyentuh isu sama ada sekolah vernakular di Malaysia adalah "pihak berkuasa awam" atau sebaliknya.

"Kami juga telah diarahkan untuk menegaskan bahawa ketiga-tiga NGO yang memfailkan rayuan ini menyokong segala usaha peningkatan penguasaan bahasa ketiga, sama ada bahasa Mandarin, Tamil, Arab, Kadazan, atau mana-mana sahaja bahasa lain di dunia termasuk Jepun, Korea, dan lain-lain melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa tersebut sebagai satu mata pelajaran.

"Tetapi menolak mana-mana bahasa asing tersebut daripada dijadikan bahasa pengantar utama di mana-mana institusi pendidikan awam yang menerima dana awam, kerana hal tersebut akan bercanggah dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk semua tujuan rasmi.

"Justeru diharapkan rayuan ini akan dapat memperjelas kedudukan isu perlembagaan, dan tidak dijadikan sebagai isu perkauman oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab," kata mereka.