Terence Naidu telah kemukakan penjelasan bertulis - DAP
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Terence Naidu telah mengemukakan penjelasan secara bertulis kepada DAP berhubung penahanannya dalam serbuan polis di Perai, Pulau Pinang, dua minggu lepas.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata menerusi penjelasan itu, Terence turut menyertakan bukti laporan air kencing yang dilakukan beliau di sebuah klinik di Pulau Pinang yang menunjukkan keputusan negatif dadah.
"Mungkin ada kesilapan pada ujian kali pertama kerana ujian yang dilakukan pada hari kedua selepas ditahan membuktikan keputusan adalah negatif.
"Bagaimanapun kita tidak boleh buat sebarang keputusan dan tidak mahu komen lebih lanjut sekarang kerana masih menunggu keputusan siasatan yang dijalankan polis," katanya pada sidang media selepas program pemberian buah limau sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Awam Buntong di Ipoh hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Terence ditahan bersama 35 individu lain di sebuah pusat hiburan di Perai, Pulau Pinang pada 13 Jan lepas apabila keputusan ujian saringan air kencing menunjukkan mereka positif dadah.
Selasa lepas polis menyerahkan kertas siasatan berhubung kes ADUN Perak yang positif dadah itu kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang, namun ia dikembalikan kepada polis untuk beberapa tindakan susulan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai