Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

PRN Johor: BN boleh guna acuan di Melaka, kata Mahdzir

Bagi berdepan pilihan raya negeri (PRN) Johor, Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid berkata BN boleh menggunakan pendekatan sama seperti di Melaka beberapa bulan lalu.

Mahdzir berkata, ia berdasarkan kejayaan besar BN dalam PRN Melaka.

"(PRN Melaka) template yang boleh digunakan. Berdasarkan (kejayaan) di Melaka itu nampaknya (boleh)," katanya ringkas.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan PRN Johor pada sidang media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu BN Johor menyatakan cadangan bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN tersebut.

Pengerusi BN Johor Hasni Mohammad berkata namun keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

Sebagai rekod BN berjaya mentadbir kerajaan negeri selepas memenangi dua per tiga majoriti majoriti pada PRN Melaka baru-baru ini.