Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

3,214 kes baru Covid-19

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,214 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,836,159.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tujuh hari, sejakb 17 Januari lalu.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 2.1 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 23) dengan 3,856 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,063)
  • Johor (524)
  • Kuala Lumpur (379)
  • Kedah (289)
  • Pahang (264)
  • Negeri Sembilan (258)
  • Kelantan (223)
  • Pulau Pinang (206)
  • Melaka (201)
  • Sabah (172)
  • Perak (159)
  • Terengganu (56)
  • Putrajaya (25)
  • Sarawak (14)
  • Perlis (13)
  • Labuan (10)