Mahkamah tolak saman ibu berhubung kematian anak dilempar kerusi
Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dua pihak yang lain berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman seorang ibu berhubung kematian anak lelaki remajanya akibat terkena sebuah kerusi yang jatuh dari tingkat atas pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam pada 2018.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini membenarkan permohonan DBKL, serta Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan persekutuan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh S Kasthuribai.
Plaintif berusia 48 tahun menyaman ketiga-tiga mereka kerana cuai berhubung kematian anak lelakinya, S Sathiswaran, 15, apabila kepalanya terkena kerusi yang dicampak tingkat 21 pada malam 15 Januari, empat tahun lalu.
Pada 30 April tahun lalu, wanita yang bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran memfailkan writ saman pada hari yang sama.
Menerusi saman itu, dia berhujah bahawa DBKL mempunyai kewajipan untuk memastikan keselamatan dan kebersihan kawasan awam PPR, dengan alasan sekiranya mereka berbuat demikian, mereka akan melupuskan kerusi, yang didakwa ditinggalkan tanpa pengawasan di koridor tingkat 21pangsapuri berkenaan.
Dia juga mendakwa kementerian dan kerajaan bertanggungjawab atas kegagalan DBKL untuk memastikan penyelenggaraan PPR dijalankan dengan sempurna.
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam itu dikendalikan oleh DBKL. Seperti kebanyakan skim perumahan awam, sewa adalah rendah, tetapi penyelenggaraan kurang memuaskan.
Bagaimanapun pada penghujung tahun lalu, ketiga-tiga defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dengan DBKL mendakwa tuntutan mahkamah itu remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah kerana difailkan di luar jangka masa, mengikut Seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai