Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Thailand lapor kes kematian pertama akibat Omicron

GLOBAL | Seorang wanita itu berusia 86 tahun yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech meninggal dunia akibat Omicron pada 12 Jan.

Thailand melaporkan kes kematian pertama akibat varian Omicron COVID-19.

Pejabat kesihatan di wilayah selatan Songkhla berkata seorang wanita berusia 86 tahun dari Hatyai, Songkhla yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech meninggal dunia akibat jangkitan Omicron pada 12 Jan.

Pesakit Alzeheimer yang terlantar itu dipercayai dijangkiti varian Omicron melalui cucu, katanya.

Analisis tambahan di makmal menunjukkan wanita itu diuji positif bagi varian Omicron.

Kes pertama membabitkan varian Omicron dikesan pada bulan lepas dan negara gajah putih itu merekodkan lebih 10,000 kes Omicron sehingga kini.

Sebanyak 8,077 kes baru Covid-19 dan sembilan kematian direkodkan sejak 24 jam lalu, pertama kali angka kematian harian menurun kepada satu digit.

Thailand merekodkan 2,324,485 kes jangkitan dan 21,925 kematian setakat ini.

- Bernama