Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

3,074 kes baru Covid-19, lebih 2.8 juta kes keseluruhan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,074 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,805,337.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 14) di mana 3,346 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,006)
  • Johor (380)
  • Kuala Lumpur (280)
  • Kelantan (270)
  • Sabah (244)
  • Pahang (204)
  • Pulau Pinang (198)
  • Kedah (178)
  • Melaka (166)
  • Negeri Sembilan (157)
  • Perak (137)
  • Terengganu (56)
  • Putrajaya (34)
  • Perlis (15)
  • Sarawak (13)
  • Labuan (8)