'Azam boleh dipenjara jika ingkar sepina PSC'
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mengingatkan bahawa ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki boleh dipenjara jika enggan hadir menemui Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) Bagi Agnesi- Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Ini selepas PSC memanggil Azam untuk hadir pada mesyuaratnya Rabu depan berhubung dakwaan pemilikan saham yang mencetuskan konteroversi.
"Azam boleh dipenjarakan kerana menghina parlimen jika dia mengingkari sepina parlimen untuk hadir di hadapan PSC bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan konflik kepentingan," kata Lim dalam satu kenyataan.
Sebelum dipanggil menghadap PSC, Azam berkata dia hanya bertanggungjawab kepada lembaga penasihat SPRM.
"Azam memperbohkan diri sendiri apabila dia kata dia hanya bertanggungjawab kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM sedangkan dia memiliki tanggungjawab yang lebih tinggi kepada parlimen dan rakyat Malaysia untuk bersikap jujur dan amanah sebagai ketua pesuruhjaya SPRM," kata Lim.
Katanya, Akta Kuasa dan Kestimewaan Parlimen 1952 adalah sangat jelas menyatakan parlimen boleh menghukum seseorang yang mengingkari PSC.
"Azam tidak seharusnya menguji kuasa parlimen untuk menghukumnya kerana menghina parlimen jika dia mengingkari sepina PSC bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk hadir pada Rabu depan bagi membersihkan dirinya daripada dakwaan konflik kepentingan," kata ahli parlimen DAP itu.
Siapa yang ketuai siasatan?
Lim turut mempersoalkan siapa dalam SPRM yang mengetuai siasatan terhadap Azam selepas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan siasatan sedang dijalankan.
Azam mendapat perhatian berhubung pemilikan 1,930,000 saham dalam Gets Global Berhad (sebelum ini KBES Berhad) pada 30 April 2015 bernilai sekitar RM772,000 pada masa itu.
Pegangan sahamnya dalam Gets Global Berhad turun kepada 1,029,500 pada 31 Mac 2016, bernilai sekitar RM340,000 pada masa itu.
Dia juga memegang 2,156,000 waran dalam Excel Force MSC Berhad pada Mac 2016.
Pemilikan saham oleh Azam pada 2015 dan 2016 menimbulkan persoalan apakah ia setimpal dengan pendapatannya sebagai penjawat awam.
Dalam sidang media khas pada 5 Jan lepas, Azam tidak menafikan pemilikan saham tersebut namun mendakwa ia dibeli oleh adiknya menggunakan akaun perdagangannya. Saham-saham berkenaan telah dpindahkan kepada adiknya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai