Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Bukit Aman siasat kes kematian di lokap IPD Taiping

Polis mengesahkan satu kes kematian membabitkan seorang tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di Perak.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad berkata kes itu akan disiasat oleh unit siasatan kematian dalam tahanan (USJKT) jabatan itu.

Dia berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kematian tertuduh di lokap IPD Taiping pada jam 11 pagi hari ini.

“OKT (orang kena tuduh) adalah seorang lelaki Melayu berumur 63 tahun, merupakan tahanan tumpang dari penjara Taiping, yang telah dituduh pada 18 April 2021 di bawah Seksyen 379A dan 324 Kanun Keseksaan.

“Tertuduh telah ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kesnya pada 11 Jan 2022 sementara menanti sebutan seterusnya pada 14 Jan,” kata Azri dalam kenyataan hari ini.

[Baca berita penuh]