Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Transaksi tol RFID di laluan PLUS bermula 10 malam, 15 Jan

Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai 15 Januari, 10 malam.

PLUS menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di Lebuhraya Utara-Selatan.

"Pada ketika ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang telahpun menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang," katanya.

Pelekat RFID Touch ‘n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara atas talian, tambah PLUS.

Maklumat lanjut berhubung RFID boleh layari laman web http://rfid.plus.com.my.

- Bernama