Hishammuddin: Tiada lagi PKP, kawalan lebih ketat di sempadan
Kerajaan tidak akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kawalan lebih ketat akan dilaksanakan di pintu masuk dan keluar negara, dalam usaha mengekang pandemik Covid-19.
Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata mengambil kira perkembangan jangkitan varian Omicron, langkah kawalan tersebut perlu ditambah baik termasuk menyenaraikan lebih banyak negara berisiko tinggi.
“Setakat ini sebanyak 245 kes Omicron telah disahkan di Malaysia. Sebahagian besar kes jangkitan di negara kita ini masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.
“Kita akan ambil langkah kawalan lebih ketat, tetapi PKP secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan semula,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat kuatert menteri Covid-19 hari ini.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Saddique.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai