Kehadiran kenduri, akad nikah Kelantan terhad 50 peratus kapasiti
Majlis akad nikah dan kenduri di Kelantan kini dibenarkan dengan kehadiran hanya 50 peratus daripada kapasiti ruang sesebuah presmis, dan terhad kepada individu yang sudah lengkap divaksin.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Che Mohd Rahim Jusoh berkata individu yang hadir ke majlis juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menurutnya individu yang lengkap menerima vaksin dibenarkan membawa kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan ia perlu mematuhi protokol kesihatan umum.
"Semua kursus Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) pula dijalankan secara dalam talian.
"Begitu juga perkhidmatan nasihat dan runding cara dijalankan secara dalam talian dan bersemuka dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Segala arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa adalah terpakai," katanya dalam kenyataan media di Kota Bharu, hari ini.
Che Mohd Rahim berkata, SOP itu dikeluarkan oleh Bahagian Undang-undang Keluarga Islam Jaheaik sepanjang tempoh Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ia juga merujuk kepada situasi semasa berkaitan wabak Covid-19 di Kelantan.
Tambahnya, semua arahan yang dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai