Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Dr M dimasukkan ke IJN untuk prosedur elektif

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk prosedur elektif.

IJN dalam satu kenyataan hari ini berkata Dr Mahathir dimasukkan untuk prosedur perubatan elektif dan kerana prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 semasa, Ahli Parlimen Langkawi itu tidak dibenarkan menerima kunjungan pelawat.

Dr Mahathir, yang berusia 96 tahun Julai lalu, mempunyai sejarah masalah jantung, dan dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian selama beberapa hari bulan lepas.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri paling lama berkhidmat di Asia Tenggara, semasa pemerintahan 22 tahunnya dari 1981 hingga 2003.

Dia kemudian kembali menjadi perdana menteri pada 2018 selepas bersama pakatan pembangkang memenangi pilihan raya.

Bagaimanapun, pentadbiran kedua Dr Mahathir runtuh dalam masa kurang daripada dua tahun kerana wakil rakyat yang lompat parti semasa Langkah Sheraton.