Veteran Umno mahu kongres khas dengan semua NGO Melayu
Umno dicadangkan menganjurkan semula kongres khas dengan semua NGO Melayu sebagai usaha menyediakan platform berinteraksi dengan masyarakat secara keseluruhannya bagi memperbaiki kelemahan.
Ahli veteran parti itu Mohd Yussof Latiff berkata ia harus diadakan bagi mendapat semula sokongan Melayu menjelang pilihan raya ke-15.
"Sebagai veteran Umno, saya mencadangkan para pemimpinnya bersikap terbuka dengan menganjurkan Kongres Khas itu supaya dapat mendengar sendiri suara hati NGO yang mewakili orang Melayu dan menerima cadangan, pandangan, teguran dan kritikan daripada orang Melayu secara keseluruhannya.
"Jika Umno mahu sokongan padu orang Melayu, Umno harus bersikap terbuka dan pemimpinnya harus berjiwa besar untuk menerima teguran, kritikan dan pandangan dalam kongres itu demi kepentingan agama, bangsa dan negara serta kemakmuran, kesejahteraan, dan kebahagiaan seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Tambahnya, Umno kini memerlukan suntikan semangat perjuangan asal penubuhannya pada tahun 1946 untuk muncul kembali sebagai juara dalam perjuangannya untuk agama, bangsa dan negara.
Umno merupakan parti memerintah sejak tahun 1955 sebelum ditumbangkan kali pertama pada tahun 2018.
Namun, parti itu kembali menerajui kerajaan pusat pada Mac 2020 menerusi Langkah Sheraton. Naib presidennya Ismail Sabri Yaakob kemudian diangkat sebagai perdana menteri kesembilan pada Ogos 2021.
"Sebagai orang lama dan antara seorang Melayu yang bersama-sama dengan Umno sejak tahun 1946 lagi, saya secara ikhlas dan terbuka menyatakan bahawa Umno mula tergelincir dari landasan perjuangan asalnya sejak tahun 1988.
"Manakala Umno sebagai parti keramat telah direla oleh pemimpin Umno sendiri ketika itu untuk diharamkan oleh mahkamah bagi menubuhkan Umno Baru yang berniat menjadikan Umno dimiliki oleh mereka sendiri.
"Imej Umno kemudiannya menjadi bertambah buruk apabila beberapa pemimpinnya pula terpalit dengan isu penyelewengan dan rasuah dan seterusnya Umno dianggap bukan lagi dikuasai oleh akar umbi tapi dikuasai oleh pemimpin-pemimpinnya dengan bermula mengamalkan politik wang," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai