PDP tubuh pasukan bencana bantu mangsa banjir Sibu
Parti Demokratik Progresif (PDP) telah menubuhkan pasukan bantuan bencana di pusat khidmatnya di Jalan Aman di Sibu untuk membantu mangsa banjir, kata Presidennya Datuk Seri Tiong King Sing hari ini.
Beliau berkata banjir dan bencana lain dijangka melanda pada bila-bila masa berikutan keadaan cuaca hujan yang mengakibatkan beberapa kawasan rendah dilanda banjir kilat.
“Kami juga telah ke Sungai Bidut pagi ini untuk memeriksa pembelian bot dari limbungan di situ yang kami berhasrat untuk digunakan untuk masuk ke kawasan banjir dan juga bertindak sebagai bot penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, parti itu juga bercadang untuk merekrut sekurang-kurangnya 100 sukarelawan dari setiap kawasan di Dudong, Bawang Assan, Bukit Assek dan Pelawan di Sibu yang akan diberi latihan asas mengenai usaha menyelamat mangsa banjir untuk membantu dalam sebarang bantuan kecemasan dan kerja pemulihan pascabencana.
Orang ramai yang berminat untuk membantu boleh menghubungi pejabat Ketua Pemuda PDP Bawang Assan Joshua Ting Fu Ying di talian 012-8852460,” tambahnya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai