Tasik Cermin dibuka semula kepada pengunjung 15 Jan ini
Tasik Cermin di Ipoh, yang ditutup bulan lepas, akan dibuka semula bermula 15 Jan depan setelah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berpuas hati dengan hasil siasatan insiden seorang lelaki terjun ke dalam tasik itu baru-baru ini.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata Tasik Cermin akan beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.
"Bagaimanapun, pihak MBI berharap kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.
"MBI berharap pembukaan semula operasi Tasik Cermin akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan menjadi antara produk pelancongan utama di bandaraya Ipoh," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Sebelum ini, beliau berkata Tasik Cermin, yang ditutup kepada orang ramai pada 13 Dis lepas gara-gara tular video menunjukkan seorang lelaki terjun ke dalam tasik itu, akan dibuka semula selepas siasatan selesai.
Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Lembah Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan itu.
Baru-Baru ini, video berdurasi 15 saat yang memaparkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik itu tular di aplikasi TikTok.
Tasik Cermin juga pernah ditutup kepada pengunjung pada Mac tahun lepas atas faktor keselamatan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai