Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Polis sahkan identiti mayat ditemukan di Sungai Belat semalam

Polis telah mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki yang ditemukan di Sungai Belat di Sri Damai di Kuantan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi berkata identiti Mohd Firdaus Supiardi, 26, dikenal pasti menerusi pengecaman oleh kedua ibu bapa lelaki itu, dan mayat berkenaan telah dituntut selepas bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selesai hari ini.

Arwah Mohd Firdaus sebelum ini dilaporkan hilang pada 18 Dis lepas apabila dihanyutkan arus deras setelah beliau dikatakan terjun dari jambatan di Kampung Sri Damai di Kuantan pada pukul 12.30 tengah hari, 18 Dis lepas, iaitu semasa banjir mula melanda Kuantan.

Semalam bomba mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki dewasa tersangkut di dahan pokok pada 8.10 malam di sungai itu kira-kira tiga kilometer dari jambatan berkenaan, hasil maklumat orang awam.

Operasi mencari Mohd Firdaus, yang dikatakan mengalami sakit mental itu sebelum ini ditangguhkan pada 24 Dis selepas tiada perkembangan.

- Bernama