Jangkaan hujan lebat: Anih Bhd nasihat rancang perjalanan ke Pantai Timur
Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) Anih Berhad menasihati pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan, susulan jangkaan hujan lebat di kawasan Pantai Timur minggu ini.
Pengurus Kanan Anih Berhad Radzimah Mohd Radzi dalam kenyataan hari ini memaklumkan paras air di kedua-dua lebuh raya pada masa ini masih selamat dan pihaknya akan terus memantau dan mengemas kini maklumat terkini di rangkaian media sosial miliknya.
"Anih ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya sebagai keutamaan," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web dan media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Anih Berhad atau menerusi talian 1-800-88-7752 / 09- 5479111 / 1-700- 818-700.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai